fbpx

Sulaiman bantu Irfan di Kuching City FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN bakal menjadi orang No. 2 dalam pasukan Kuching City.

BEKAS pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin telah menjadi pilihan Irfan Bakti Abu Salim sebagai pembantu ketua jurulatih untuk Kuching City FC.

Irfan Bakti memberitahu, faktor pengalaman antara sebab Sulaiman menjadi pilihan membarisi barisan kejurulatihan pasukan berkenaan.

Beliau berkata, kemampuan jurulatih muda itu membim­bing skuad Varsity Boys dalam Liga Premier dan bergelar finalis Piala Cabaran dua tahun berturut-turut telah menarik perhatiannya.

“Beliau merupakan watak penting untuk pasukan UKM FC dan melatih ramai pemain muda sehingga berjaya.

“Kami gembira dapat membawa beliau ke sini dan akan bekerja keras menaikkan Ku­ching City FC ke Liga Super,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Sulaiman telah membim­bing UKM FC sejak tahun 2008 dan berjaya membawa pasukan itu menjuarai Liga IPT pada musim 2012 serta naib juara sebanyak tiga kali.

Bekas pemain Kuala Lumpur itu kemudian mengharungi saingan Liga FAM pada tahun 2016 dan 2017 sebelum UKM FC layak ke Liga Premier pada musim 2018.

UKM FC turut mara ke final Piala Cabaran 2018 dan 2019, namun tewas kepada Terengganu FC II (TFC II) serta Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Kegagalan melengkapkan dokumen Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaksa UKM FC disingkirkan daripada saingan Liga Premier bagi musim 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI