fbpx

Padah miliki senjata berbahaya dua remaja ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerambit serta dua batang kayu menyerupai pedang yang dirampas polis selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta di Damansara malam tadi.

PETALING JAYA – Dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun ditahan polis selepas didapati memiliki senjata berbahaya yang disorokkan di dalam sebuah kereta sewaktu menjalankan pemeriksaan ke atas mereka di kawasan Damansara di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kira-kira pukul 11 malam ketika sepasukan polis sedang melakukan rondaan cegah jenayah bermotosikal telah terlihat sebuah kereta jenis Proton Pesona dalam keadaan mencuricakan.

“Kereta berkenaan berada dalam keadaan parkir di tepi Jalan Persiaran Tropicana, Damansara dan terdapat dua lelaki berada di dalam kereta tersebut.

“Anggota bertugas kemudiannya telah berhenti untuk melakukan pemeriksaan dan telah menemui serta merampas sebilah kerambit berukuran lebih kurang 17 sentimeter (sm), satu replika kerambit berukuran 22 sm dan dua batang kayu yang menyerupai pedang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjaya Berbahaya 1958.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan,” tegas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI