fbpx

Majlis kahwin, tunang tidak dibenarkan sepanjang PKPB di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) tidak membenarkan sebarang penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis resepsi sehingga tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, arahan yang dikeluarkan itu berkuat kuasa semalam sehingga 26 Januari atau sehingga PKPB ditamatkan.

Katanya, selain itu, semua kursus praperkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau runding cara hanya dijalankan melalui dalam talian.

“Bagaimanapun, majlis akad nikah tetap dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti dijalankan di premis persendirian, masjid atau surau dan hanya boleh dihadiri oleh seramai 20 orang termasuk pengantin, saksi, wali serta jurunikah.

“Jaheaik melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga telah memutuskan semua arahan itu selari dengan PKPB untuk menetapkan arahan pentadbiran berkuatkuasa serta merta dari tarikh ia dikeluarkan bermula 13 hingga 26 Januari,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambah Mohd. Rahim, sebarang arahan atau keperluan adalah tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI