fbpx

Murid rambut panjang boleh ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua kedai yang menjalankan perkhidmatan gunting rambut sama sekali tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 26 Januari 2021.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan tersebut tidak boleh dilaksanakan kerana bimbang pandemik Covid-19 terus merebak.

“Kita tahu syarat masuk ke sekolah rambut kena kemas dan pendek, namun kali ini syarat tersebut dilonggarkan dan dibenarkan untuk berambut panjang.

“Buat masa ini, kerajaan masih tidak benarkan kedai perkhidmatan gunting rambut untuk beroperasi,” jelasnya dalam sidang akhbar khas perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Namun begitu jelasnya, kedai cermin mata (optometrik) pula dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh PKP ini namun mestilah mengikuti presidur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Persatuan optometrik ada meminta untuk kedai-kedai cermin mata beroperasi, kami benarkan namun perlu ikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDDNHEEP),” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI