fbpx

Aepul Drama Band pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aepul disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan kedua semalam.

PETALING JAYA – Kes penularan Covid-19 dalam kalangan selebriti tanah air semakin bertambah apabila seorang lagi artis iaitu vokalis Drama Band, Aepul Roza pula disahkan positif.

Menerusi laman sosialnya, Aepul turut berkongsi keputusan ujian calitan yang dijalani.

Menerusi InstaStory yang dimuat naik, Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd. Zalaludin, 33, memaklumkan dia disahkan positif selepas menjalani ujian calitan buat kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam.

Aepul mengesahkan dirinya dijangkiti virus berkenaan dalam satu perngkongsian InstaStory malam tadi.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan ujian kali kedua membawa keputusan positif.

“Isteri saya (Leez Rosli) negatif.

“Saya sudah mula jalani kuarantin kendiri sejak beberapa hari lepas dan menanti prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan seterusnya. Doakan kami sekeluarga,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, Aepul juga menegaskan tidak akan menerima sebarang panggilan telefon daripada mana-mana pihak dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar dan Emma Maembong turut disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN