fbpx

TLDM terima LMS kedua dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL LMS Sundang diterima TLDM hari ini.

PETALING JAYA- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima Kapal Pesisir Pantai (LMS) kedua, Sundang di Pelabuhan Wucang, Shanghai, China hari ini.

TLDM menerusi satu kenyataan berkata, Jawatankuasa Penerimaan Akhir dianggotai seramai tiga wakil kerajaan diketuai oleh Ketua Projek Pasukan Projek LMS TLDM, Kapten Abdul Hadi Tan Abdullah telah melaksanakan pemeriksaan dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan mengikuti pelayaran demonstrasi keupayaan kapal.

“Kapal Sundang telah berjaya melepasi beberapa siri ujian penerimaan di pelabuhan dan ujian penerimaan di laut sebelum diserahkan kepada Kerajaan.

“Sundang dijadualkan untuk belayar pulang ke Malaysia pada minggu ketiga Januari 2021 dan dijadual ditauliahkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dalam satu Upacara Pentauliahan yang bakal disempurnakan oleh Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kapal tersebut dibina pada 23 Oktober 2018 di Wuhan dan dilancarkan oleh isteri kepada mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-20, Puan Sri Rusnah A. Rahman pada 12 Julai 2019.

Ia dijadualkan diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 12 April 2020 hanya dapat diserahkan pada hari ini susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia yang menyaksikan pembinaannya terpaksa ditangguhkan pada 23 Januari 2020.

Sebelum ini, TLDM menerima LMS pertama, Keris pada 31 Disember 2019.

Kontrak perolehan empat buah LMS telah dimeterai di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

Kapal ketiga dan keempat pula masing-masing dijadual diserahkan pada bulan September dan November tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI