fbpx

Remaja cedera, kereta rempuh klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dipandu mangsa selepas merempuh sebuah klinik di Orchard Plaza malam tadi.

TENOM – Seorang remaja lelaki mengalami cedera ringan selepas kereta dipandu dipercayai dalam keadaan mabuk merempuh sebuah klinik di Orchard Plaza malam tadi.

Bagaimanapun, hanya remaja berusia 19 tahun itu sahaja yang mengalami kecederaan berikutan tiada mangsa lain berada di dalam klinik berkenaan dalam kejadian pukul 10.45 malam itu.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, siasatan awal mendapati pemandu Proton Iswara berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar rakannya kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh pintu masuk klinik terbabit ketika melalui lokasi kejadian.

“Mangsa dikatakan hilang kawalan ketika cuba membelok ke kanan sebelum terus melanggar lot klinik terbabit.

“Akibat kejadian itu, pemandu yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Tenom untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Hasan berkata, pemandu remaja terbabit terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut selepas menerima rawatan.

Menurut beliau, pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol tetapi kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI