fbpx

Penduduk perkampungan atas air terjejas fenomena air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah satu rumah yang dimasuki air laut ekoran fenomena air padang besar di Kampung Tanjung Aru malam tadi. -Foto IVAN AMIRUL

KUDAT – Lapan keluarga berdepan detik cemas ekoran fenomena air pasang serta ombak kuat di Kampung Sri Aman dan Tanjung Kapor malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.30 malam itu, ombak kuat mengakibatkan dua buah rumah roboh manakala lapan rumah hampir roboh.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian berkenaan sekitar pukul 10.45 malam dan air pasang besar mula naik di seluruh kawasan Kudat sekitar tengah malam.

“Semua agensi berkaitan turut memberi respon untuk membuat pemantauan di semua kawasan persisir pantai.

“Pemantauan di semua kampung terjejas mendapati air pasang berada pada paras bahaya. Oleh itu, anggota agensi terlibat menasihatkan penduduk kampung agar mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan air pasang yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut jurucakap APM lagi, berikutan kejadian itu semua mangsa telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Arena Belia dan Sukan Kudat.

Sementara itu, kejadian air pasang besar serta ombak kuat turut menjejaskan 99 penduduk dari 17 keluarga di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu turut mengakibatkan dua buah rumah hampir roboh manakala manakala beberapa rumah dimasuki air.

Bagaimanapun, semua penduduk ditempatkan di balai raya serta di surau kampung berkenaan selain ada yang menumpang di rumah saudara mara.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI