fbpx

Padah letak kereta di laluan rumah orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemilik rumah di London menampal nota Post-It pada kereta yang menghalang laluan di rumahnya. – The Sun

LONDON – Seorang lelaki bertindak melekatkan nota Post-It berwarna-warni pada sebuah kereta kerana berang kenderaan itu diparkir di hadapan laluan masuk ke rumahnya.

Dave Holcroft memuat naik video itu media sosial yang memapar­kan dia bersama beberapa rakan melakukan misi ‘balas dendam’ di Woolwich, tenggara London.

Menurut laporan akhbar The Sun UK kelmarin, Holcroft menyatakan dia tahu siapa pemilik kenderaan itu dan percaya individu berkenaan akan menghargai gurauan mereka.

“Ada seseorang yang terlebih bijak meletakkan kereta di laluan ke rumah saya, ini balasannya,” kata Holcroft.

Rakaman video yang dikongsi menerima banyak komen daripada netizen yang bersetuju dengan tindakannya sebagai cara mengajar pemandu kereta ber­kenaan.

“Perbuatan ini (meletak kereta) sangat tidak bermoral walaupun tidak salah di sisi undang-undang,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Pemandu itu harus belajar lebih banyak tentang adab dan sopan,” komen netizen lain. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI