fbpx

Inix mohon pengedaran vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

iNix Technologies Holdings Bhd. (iNix) melalui anak syarikatnya, Inix Network Sdn. Bhd. telah menghantar permohonan untuk mendaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perjanjian awalnya untuk membekalkan vaksin Covid-19 dari China.

Pembekal iNix bagi vaksin tersebut adalah Sinovac Biotech Co. Ltd. (Sinovac), Cansino Biologics Inc. (Cansino) dan Sinopharm China National Biotech Group Co. Ltd. (Sinopharm).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, pendaftaran tersebut penting dalam urusan pengedaran vaksin di negara ini kerana kerajaan perlu memastikan hanya vaksin
yang memenuhi garis panduan ditetapkan oleh KKM akan didaftarkan dan digunakan di negara ini.

“Penilaian proses akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penilaian Produk, NPRA dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk kelulusan sebelum vaksin berkenaan boleh digunakan di Malaysia,”
katanya.

Kerajaan kini berada pada peringkat terakhir perbincangan dengan Sinovac, Cansino and Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin untuk 80 peratus daripada jumlah populasi
negara ini atau sebanyak 26.5 juta orang.

Selain itu, kerajaan juga telah menandatangani perjanjian dengan syarikat AstraZeneca, fasiliti Covax dan syarikat Pfizer bagi jaminan bekalan vaksin Covid-19.

Kenyataan itu menjelaskan, sebaik sahaja menerima kelulusan daripada KKM, iNix bakal mengimport vaksin dan akan membekalkannya melalui ujian klinikal fasa ketiga yang akan ditaja oleh syarikat sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.

Ujian klinikal pertama vaksin Covid-19 di negara ini dijangka melibatkan kira-kira 3,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI