fbpx

Bojan mahu KLUFC kekal pada Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOJAN dilihat mempunyai ramuan tersendiri untuk memastikan KLUFC akan kekal bersaing pada Liga Super dalam jangka masa panjang.

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) masih belum bermula, namun ketua jurulatih Kuala Lumpur United FC (KLUFC), Bojan Hodak sudah ada perancangan tersendiri.

Pengendali berpengalaman dari Croatia itu sedia untuk menjadikan skuad The City Boys sebagai pasukan tetap pada saingan Liga Super bagi tempoh jangka panjang.

Bojan menyifatkan Kuala Lumpur gagal menampilkan aksi konsisten hingga menyebabkan mereka sering bergelut untuk berada pada tahap terbaik dan terpaksa beraksi dalam Liga Premier musim lalu.

Justeru, bekas jurulatih Kelantan itu sudah ada ramuan tersendiri bagi memastikan Kuala Lumpur terus konsisten selepas dinaikkan pangkat ke Liga Super musim ini.

“Jika dilihat pada barisan pemain, Kuala Lumpur ada kombinasi pemain muda dan berpe­ngalaman. Saya percaya mereka boleh hasilkan keputusan cemerlang musim ini.

“Pemain-pemain perlu tahu mereka datang dari Liga Premier dan bukan mudah apabila beraksi pada Liga Super. Semua pemain perlu bekerja lebih keras untuk kekal lama di pentas tertinggi ini,” katanya.

Bojan memberitahu, berdasarkan pemerhatiannya sebelum ini, Kuala Lumpur sentiasa berdepan situasi membimbangkan ketika beraksi pada saingan Liga Super apabila sering menghuni kelompok bawahan liga.

“Jika dilihat kembali prestasi ketika Kuala Lumpur berada pada saingan Liga Super 2018 dan 2019, mereka sentiasa ­berada di kelompok bawah sebelum tersingkir ke Liga Premier musim lalu.

“Bermula musim ini, saya tidak mahu lagi tengok situasi seperti itu. Saya akan cuba berikan yang terbaik bagi memastikan Kuala Lumpur berada lebih lama pada Liga Super,” ujar jurulatih berusia 50 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI