fbpx
Gambar hiasan.

3,337 kes baharu, 15 kematian dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kes harian kembali melonjak melebihi 3,000 dengan 3,337 kes dilaporkan sekali gus tertinggi dicatatkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka baharu itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 147,855 kes manakala, kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 32,377 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 3,330 kes adalah penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 15 kes kematian baharu dicatatkan menjadikan sebanyak 578 kes kematian terkini di Malaysia.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,710 kes dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 merekodkan sebanyak 113,288,” katanya pada laman sosial rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 195 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

BERITA BERKAITAN