fbpx

MBJB beri insentif RM500 kepada peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga pasar malam, pagi dan bazar yang berlesen boleh mengisi Sistem iPenjaja bagi mendapatkan insentif tunai RM500. - Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meminta peniaga pasar malam, pasar pagi dan bazar yang berlesen dengan MBJB mengisi maklumat Sistem iPenjaja bagi tujuan pemberian insentif wang tunai RM500.

Jabatan Pelesenan MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, ini termasuk peniaga yang menyewa premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Pemberian insentif wang tunai RM500 secara ‘one-off’ ini dilaksanakan seperti diumumkan kerajaan negeri dalam Belanjawan Johor 2021.

“Sistem ini adalah bertujuan untuk pengumpulan data peringkat awal manakala keputusan dan kelulusan tertakluk kepada kerajaan negeri,” katanya di sini hari ini

Tarikh tutup pengemaskinian maklumat adalah pada 15 Januari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI