fbpx

Liga Sepak Takraw turut berdepan nasib ditunda akibat PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johor Tigris melangkah ke separuh akhir lebih awal pada saingan STL-Champions Cup 2020 sebelum ditangguhkan susulan pelaksanaan PKP.

SAINGAN Sepak Takraw League (STL) – Champions Cup ditangguhkan buat sementara waktu selepas kerajaan memutuskan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu di enam buah negeri bermula hari ini.

Perlawanan STL kini memasuki perlawanan kedua dan berlangsung meriah di Iskandar Malaysia Studios, Johor Darul Ta’zim. Johor antara negeri yang dikenakan PKP bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dalam satu kenya­taan menegaskan, STL -Champions Cup 2020 akan ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Demi mematuhi arahan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin maka STL-Champions Cup 2020 ditangguhkan sehingga tarikh baharu yang akan diberitahu kelak. Jaga diri, kita akan kembali lagi,” jelas PSM menerusi laman Facebook rasminya semalam.

Kejohanan STL-Champions Cup 2020 yang bermula pada 10 Januari dan berakhir 26 Januari nanti terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A yang disertai Kuala Lumpur Thunder, Bomba Fighter, Johor Tigris dan Putrajaya Cyborg.

Kumpulan B pula terdiri daripada ATM Guardians, Kelantan Warriors, Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panthers.

Ketika ini, pasukan tuan rumah, Johor Tigris dalam keadaan selesa apabila melangkah ke pe­ringkat separuh akhir lebih awal selepas meraih dua kemenangan berturut-turut.

Pasukan itu membenam cabaran juara STL 2020, Kuala Lumpur Thunders 2-1 sebelum menewaskan Putrajaya Cyborg 2-1.

Jadual perlawanan separuh akhir sebelum ini dijangka berlangsung pada 15 Januari manakala aksi final dan penentu tempat ketiga/ke-4 diadakan pada 16 Januari 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI