fbpx

Tiga SJR, empat jalan tutup di Klang Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Fail. Tiga sekatan jalan raya di pentadbiran polis Klang Utara bermula 12.01 tengah malam ini. Foto ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Sebanyak tiga sekatan jalan raya (SJR) akan dilaksanakan untuk pentadbiran polis daerah Klang Utara bermula tengah malam ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, SJR itu meliputi Lebuhraya Selat Klang Utara berhadapan pasaraya Aeon Bukit Raja dan Plaza Tol Bukit Raja ( arah Klang ke Shah Alam).

Katanya, SJR juga diadakan di Batu 10 Jalan Kapar untuk perjalanan dari Kuala Selangor ke Klang.

“Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mematuhi PKP 2.0 dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Tindakan tegas dan saman akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada SOP tersebut,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga memaklumkan sebanyak empat jalan akan ditutup bersama laluan alternatif boleh digunakan oleh pengguna.

Berikut adalah jalan tersebut :-

1. Jalan Musaeddin ( Jalan Batu Tiga Lama)
Laluan alternatif : – Jalan Pos Baru – Bulatan Kota Jambatan Kota – Tengku Kelana – Kampung Jawa

2. Jambatan Raja Nala ( Jalan Tanjung Syawal )
Laluan alternatif :- Jalan Goh Hock Huat – Jalan Mantin – Bulatan Kota – Jambatan Kota – Bukit Tinggi

3. Kilometer 3.5 Jalan Shapadu lama
Laluan alternatif :- Lebuh Raya Shapadu Selat Klang Baru – Kapar – Meru – Klang – Setia Alam – Shah Alam

4. Kilometer Jalan Shapadu lama ke Rantau Panjang
Laluan alternatif :- Jalan Shapadu lama – Jalan Kapar – Lebuhraya Shapadu

Jelas Nurulhuda, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan Ops Covid di talian 03- 32913344 untuk sebarang pertanyaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI