fbpx

Svitolina ‘berpeluh’ sebelum mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SVITOLINA berjaya melangkah ke saingan suku akhir Terbuka Abu Dhabi selepas menundukkan Alexandrova dalam aksi tiga set awal pagi semalam. – AFP

ABU DHABI – Pemain tenis sensasi Ukraine, Elina Svitolina terpaksa bermandi peluh untuk melangkah ke pentas suku akhir siri Jelajah WTA Terbuka Abu Dhabi selepas menewaskan pilihan No. 17 kejohanan, Eka­terina Alexandrova dengan kemenangan 6-2, 6-7, 7-6 awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Svitolina terpaksa bangkit daripada ke­tinggalan 3-5 pada set penentuan sebelum menang dengan menamatkan saingan dengan tempoh dua jam 25 minit.

Kata Svitolina, aksi yang dipamerkan oleh mereka berdua sangat berkualiti tinggi dan tidak keterlaluan untuk katakan ia se­perti perlawanan untuk kejohanan Grand Slam.

“Kami berdua bersaing de­ngan cukup hebat apabila Alexandrova tidak memberikan laluan mudah untuk saya mendominasi perlawanan. Mungkin set pertama agak mudah tetapi dua set seterusnya saya memang hampir menyerah terutama selepas ke­tinggalan pada rubber-set.

“Secara keseluruhan, saya gembira kerana dapat melangkah ke pentas suku akhir tetapi ini bukan bermakna saya boleh berpuas hati, masih ada cabaran yang perlu saya harungi dalam misi melangkah jauh kali pada saingan kali ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pemain pilihan pertama, Sofia Kenin turut melangkah ke pusi­ngan suku akhir meskipun diberi tentangan sengit oleh pemain dari Kazakhstan, Yulia Putint­seva sebelum meraih kemena­ngan 3-6, 7-6, 6-4.

Kata Kenin, pengalaman bergelar juara Grand Slam, Terbuka Australia pada tahun lepas memberikannya keyakinan tambahan untuk menang pada perlawanan kali ini.

“Putintseva merupakan rakan sepelatih saya sebelum ini dan kami saling mengenali corak permainan dan taktikal masing-masing. Namun, saya bersyukur pengalaman saya bergelar juara Grand Slam membuka ruang buat saya menang pada aksi kali ini kerana tampil dengan lebih yakin,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI