fbpx

Lelaki maut terjatuh lepas masuk kawasan baik pulih jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa daripada lokasinya terjatuh,

MARAN – Tindakan seorang lelaki memasuki kawasan jambatan rosak yang sedang dilakukan kerja baik pulih membawa padah apabila mangsa maut selepas terjatuh daripada jambatan itu di Jalan Belimbing ke Jalan Sri Makmur kelmarin.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Ng Eng Fui, 47, melintas jambatan berkenaan bagi menghantar barang runcit dipesan kawannya.

“Disebabkan jambatan rosak dan ditutup serta dalam proses baik pulih mangsa telah memohon kebenaran melalui kawasan itu dengan tanggungan risiko sendiri untuk menghantar barang.

“Semasa melintasi semula jambatan mangsa masuk ke dalam kawasan larangan kerja-kerja baik pulih untuk melihat pekerja sedang membuat kerja pemulihan sebelum mangsa tergelincir lalu terjatuh ke dalam kawasan jambatan dengan ketinggian lebih kurang lima meter,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian cuba diselamatkan pekerja di situ tetapi dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, berdasarkan laporan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI