fbpx

Lelaki terlibat 36 ugutan bunuh diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telefon bimbit serta kad bank milik suspek yang dirampas selepas dia diberkas di Jalan Pantai Cenang, Langkawi, semalam.

PETALING JAYA – Perbuatan jahat seorang lelaki yang aktif melakukan ugutan terhadap beberapa individu di sekitar daerah ini sejak setahun lalu berakhir selepas dia ditahan semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cenang, Langkawi kira-kira pukul 2 petang oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, tangkapan ke atas suspek dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita yang juga eksekutif sebuah syarikat swasta, Rabu lalu.

Menurutnya, mangsa berusia 32 tahun itu menyatakan telah menerima satu mesej pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan bunuh yang meminta dia memasukkan wang tunai sebanyak RM10,000 ke dalam akuan bank suspek.

“Jika mangsa enggan, dia akan dibunuh. Susulan laporan mangsa, sepasukan anggota dan pegawai telah melakukan risikan dan mendapati mangsa berada di Langkawi.

“Sepasukan polis telah ke Langkawi dan berjaya menangkap suspek di Jalan Pantai Cenang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, semakan mendapati pihaknya telah menerima 35 laporan berkaitan kegiatan jenayah yang dilakukan suspek sebelum ini melibatkan mangsa berlainan di kawasan sekitar Damansara, Kota Damansara dan Sungai Way.

Bagaimanapun katanya, suspek tidak mengaku melakukan jenayah tersebut dan mendakwa telefonnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau. Kita telah merampas empat buah telefon bimbit dan kad bank untuk tindakan lanjut.

“Suspek kini direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI