fbpx

Tingkatkan penguasaan Task Force Operasi Pematuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani (tiga dari kiri) hadir di Majlis Pelancaran Buku Sejarah Penubuhan Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am dan Batalion 4,5,6 dan 19.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan penguasaan Task Force Operasi Pematuhan bagi membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ianya susulan peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Semua sedia maklum semalam kes Covid-19 mencatatkan angka tertinggi kes baharu, PDRM selaku peneraju kepada pasukan pematuhan, akan mengingatkan semua kontinjen untuk tingkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kepada orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Pelancaran Sejarah Penubuhan Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am dan Batalion 4,5,6 dan 19 di sini hari ini.

Jelasnya, orang ramai diingatkan supaya tidak ingkar arahan untuk mematuhi SOP.

“Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengkompaun mana-mana individu yang gagal untuk mematuhi SOP serta melakukan perhimpunan sehingga menyukarkan isu penjarakan fizikal.

Semalam Kosmo! melaporkan negara merekodkan catatan kes harian Covid-19 tertinggi sebanyak 3,027 kes baharu menjadikan kumulatif kes sebanyak 128,465 kes keseluruhan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI