fbpx

Sekatan perjalanan Maria Chin tidak sah – mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan sekatan perjalanan ke luar negara yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, hampir empat tahun lalu adalah tidak sah.

Panel tujuh hakim bersidang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan bekas Pengerusi Bersih 2.0 itu.

Korum berkenaan berpendapat, Ketua Pengarah Imigresen melakukan kesilapan ketika menghalang Ahli Parlimen Petaling Jaya itu melakukan perjalanan ke Korea Selatan pada 15 Mei 2016 yang bertujuan menerima anugerah bagi Bersih 2.0.

Sekatan itu dikeluarkan ekoran tindakan Maria yang cenderung mengkritik Kerajaan.

Bagaimanapun, larangan itu ditarik balik pada 17 Mei 2016, dua hari selepas ia dikeluarkan.

Hakim Tengku Maimun berpendapat, sekatan ke luar negara yang dikenakan itu melanggar undang-undang kerana tiada peruntukan yang jelas bahawa Ketua Pengarah Imigresen dan dua yang lain mempunyai hak berbuat demikian.

Dalam keputusan minoriti itu, Hakim Tengku Maimun bersama-sama dua hakim lain iaitu Datuk P. Nallini dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan Seksyen 59 dan Seksyen 59A Akta Imigresen adalah tidak berperlembagaan dan terbatal.

Maria memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Imigresen yang menghalangnya melakukan  perjalanan ke Korea Selatan pada 15 Mei 2016, untuk menerima anugerah bagi Bersih 2.0.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakimannya pada 18 Mei 2017 manakala rayuannya ditolak di Mahkamah Rayuan pada 25 Mei 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI