fbpx

Perak Tengah pula dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air mulai naik di kediaman penduduk di Bota Kiri, Perak Tengah malam tadi.

IPOH – Keadaan banjir di Perak terus mencatatkan penurunan mangsa namun Perak Tengah menjadi daerah baru dilanda banjir apabila sembilan penduduk daripada tiga keluarga berpindah ke pusat penempatan semula (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Aur, Bota Kiri sejak 9.30 malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Perak berkata, Perak mencatatkan 335 mangsa banjir daripada 93 keluarga pagi ini berbanding 359 penduduk semalam.

“Selain daerah Perak Tengah, dua lagi daerah yang terkesan adalah Hilir Perak dan Hulu Perak.

“Dua PPS masih dibuka di Hulu Perak iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (221) dan Dewan Serbaguna Chikus melibatkan 98 mangsa,” katanya.

Tambahnya, di Hulu Perak pula, seramai 16 mangsa masih kekal ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI