fbpx

Imej 1970-an Siti dalam Takhta Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA

TAHUN 2020 meninggalkan seribu satu kenangan manis kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di atas beberapa pencapaian dan anugerah yang diperolehi termasuk kejayaan menerusi album ManifestaSITI2020.

Di antara kejayaan yang beliau capai ialah Artis Paling Banyak Distrim dalam platform Spotify dan JOOX,  100 Asia Digital Star, Most Admired Women 2020, 500 Influential Muslim 202i dan Nona Homegrown Award.

Selain itu, dua buah lagu daripada album ManifestaSITI2020 iaitu 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu layak ke Anugerah Juara Lagu. Terbaharu, video muzik ketujuh daripada album tersebut, Kuasa Cintamu, telah mendapat lebih dua juta tontonan.

Sebagai pembuka tahun baharu 2021, sebuah lagi video muzik daripada Siti akan dilancarkan iaitu Takhta Dunia. Lagu dan lirik Takhta Dunia merupakan ciptaan  komposer terkenal Indonesia, Ryan Kyoto.

SITI mengayakan imej wanita 1970-an dalam Takhta Dunia.

Lagu berkenaan mempunyai keunikan tersendiri dari segi melodi dan cara penyampaian Siti Nurhaliza namun inti pati lirik yang dihasilkan sangat memberi makna. Bersesuaian dengan maksud liriknya, video muzik kali ini digarap istimewa dengan elemen minimalis teater muzikal. 

Pengarahnya, Azhar daripada Rasa Film telah menonjolkan peranan penari serta pelakon sebagai medium penyampai mesej teguran secara simbolik.

Sebagai contoh, Azhar menterjemahkan mesej simbolik menerusi lakonan menggunakan telefon bimbit dan pelekap mulut yang membawa maksud, jasad terperangkap pada zaman lampau namun kelakuan tetap wujud pada zaman sekarang.

Berlatarkan era 1970-an di sebuah stesen keretapi yang dinamakan Lipis Sentral, lokasi penggambaran video muzik berkenaan diadakan di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama.

Visual lakonan dalam video muzik kelapan menerusi album ManifestaSITI2020 ini banyak mengaitkan isu semasa masyarakat iaitu vandalism, berebut kerusi atau tidak bertolak ansur ketika menggunakan pengangkutan awam, buli siber dan mencuri. Semuanya seiring dengan lirik lagu berkenaan yang sarat nilai moral dan mengingatkan semua orang untuk bersikap baik, menjauhi hasad dengki serta menjaga tutur kata.

Siti sendiri menyifatkan video muzik Takhta Dunia sebagai pembuka tahun baharu dengan memberi mesej yang baik kepada masyarakat.  Seirama dengan kemodenan dan perkembangan dunia hari ini, setiap individu tidak harus hilang nilai baik atau adab.

“Sebagai seorang penyanyi, saya bertanggungjawab mengenengahkan mesej yang baik menerusi lagu. Sesuai usia, semakin dewasa dan matang, saya harusmenghidangkan karya yang bukan sahaja memberikan hiburan tetapi kesedaran,’’ kata penyanyi yang bakal menyambut usia ke- 42 tahun pada 11 Januari depan.

Banyak nilai moral diterapkan Siti menerusi video muzik kelapan daripada album ManifestaSITI ini.

Sambungnya lagi, penggambaran video muzik Takhta Dunia terbitan Universal Music Sdn. Bhd dan Siti Nurhaliza Productions  merupakan antara kerja terakhir beliau sebelum berehat untuk fokus menanti kelahiran anak kedua. 

Hasil perbincangan  dengan Rasa Film, Siti juga tampil menggayakan imej wanita era 1970-an bagi memberikan kelainan dalam setiap video muzik yang pernah dihasilkan. Siti turut menggunakan khidmat pereka Rizman Ruzaini dan jurusolek Ahmad Dhani bagi imej tersebut.

Video muzik rasmi Takhta Dunia boleh dilayari dalam saluran YouTube Siti Nurhaliza bermula 8 Januari 2021 tepat pukul 9 malam ini. Album ManifestaSITI juga boleh didapati menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, YoutubeMusic, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer sejak 3 Julai 2020. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI