fbpx

GSC Cheras Leisure Mall tutup selama-lamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GSC

PETALING JAYA – Satu berita sedih buat dunia perfileman tanah air apabila syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinema (GSC) mengesahkan dua cawangannya ditutup selama-lamanya berkuatkuasa semalam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasmi, GSC memaklumkan dua cawangan tersebut adalah GSC Berjaya Times Square dan GSC Cheras Leisure Mall, Cheras.

GSC Cheras Leisure Mall telah beroperasi sejak 26 tahun lalu namun terpaksa ditutup berikutan pandemik Covid-19.

“Kami telah beroperasi dalam tempoh yang cukup panjang bagi GSC Cheras Leisure Mall sejak 1995 dan GSC Berjaya Times Square sejak 2005.

“Namun, ekoran situasi terkini dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami terpaksa menutup pawagam ini secara kekal.

Dengan ini, kami dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penonton filem yang setia menyokong kedua-dua cawangan GSC ini,” tulis kenyataan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI