fbpx

Pengusaha panggung wayang lega dapat beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kebenaran membuka semula operasi panggung wayang mampu memberi nafas lega kepada pengusaha selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilaksanakan di beberapa negeri esok.

Jurucakap Golden Screen Cinemas (GSC), Sharmine Ishak berkata, mereka sangat bersyukur dan teruja selepas diberikan lampu hijau untuk beroperasi semula selepas operasi panggung terpaksa ditutup beberapa bulan.

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan esok selepas operasi ditutup beberapa bulan.

“Bermula esok sebanyak 26 daripada 34 buah panggung wayang GSC akan dibuka semula meliputi kawasan di Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Pahang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu katanya, pihaknya berharap semua panggung wayang dapat dibuka dengan kapasiti penuh selepas jumlah kes Covid-19 menurun bagi membantu untuk memulihkan semula perniagaan.

“Kami berharap pelanggan akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan supaya kita semua dapat menikmati keselesaan dan demi kebaikan bersama di panggung wayang,” ujarnya.

Kelmarin, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang akan dibenarkan untuk beroperasi semula selepas pelaksanaan PKPB dan PKPP di beberapa negeri bermula esok.

Penutupan panggung wayang berikutan penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP menyebabkan sektor itu mengalami kerugian lebih RM400 juta dalam tempoh 10 bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI