fbpx
Panggung wayang dibenarkan beroperasi bermula hari ini mengikut SOP yang ditetapkan pihak kerajaan.

Penonton mula jengah pawagam hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Panggung wayang kembali beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di beberapa negeri bermula hari ini.

Tinjauan Kosmo! Online di Golden Screen Cinemas (GSC) dekat pusat beli-belah One Utama, Damansara di sini mendapati para penonton mula berlegar di sekitar panggung dan kembali membeli tiket untuk menonton filem kegemaran mereka.

Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan status PKP di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada PKPB berkuat kuasa 5 Mac (hari ini) hingga 18 Mac ini, manakala Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan PKPB.

Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada PKPP, manakala Perlis kekal sebagai negeri berstatus PKPP.

Bagaimanapun, kebenaran pembukaan semula operasi panggung wayang di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penutupan panggung wayang berikutan penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP menyebabkan sektor tersebut mengalami kerugian lebih RM400 juta dalam tempoh 10 bulan.

Antara filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam tempatan sekarang adalah Raya And The Last Dragon, Don’t Look Back dan Stand By Me Doraemon 2. – K! ONLINE