fbpx

2,000 syarikat raih kontrak kerja projek ECRL bernilai RM3.39 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hampir 2,000 syarikat tempatan yang terdiri daripada kontraktor, pembekal dan perunding telah me­raih kontrak kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjumlah RM3.39 bilion sejak 2017 sehingga November lalu.

Pengerusi pemilik projek ECRL, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, daripada keseluruhan jumlah tersebut, RM1.69 bilion adalah untuk kerja-kerja di Pahang, diikuti Terengganu (RM1.4 bilion) dan Kelantan (RM0.3 bilion).

“Selagi kontraktor tempatan itu mempunyai kemampuan, pengetahuan teknikal dan dapat menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga berdaya saing, tiada sebarang halangan bagi China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) sebagai kontraktor utama kejuruteraan, perolehan, pembinaan & pentauliahan ECRL untuk me­lantik kontraktor tempatan.

“Harapan kita agar ECRL menjadi salah satu projek kerajaan yang dapat memaparkan kemampuan kontraktor tempatan dalam melaksana dan memenuhi piawaian tinggi mana-mana projek infra berskala besar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam

MRL dan CCCC sebelum ini bersetuju melantik sekurang-kurangnya 40 peratus daripada sub-kontraktor dan pembekal tempatan untuk kerja-kerja sivil projek ECRL tidak termasuk kerja-kerja terowong.

Nilai kerja-kerja tersebut dianggarkan berjumlah sehingga RM10 bilion bagi pelaksanaan projek dari tahun 2017 sehingga 2026.

CCCC juga bersetuju untuk memberi perhatian khas kepada pelantikan kontraktor kecil bersaiz Gred G1 hingga G3 bagi memberi manfaat langsung kepada syarikat tersebut serta keseluruhan pemain industri pembinaan dalam negara.

Sementara itu, daripada segi kemajuan projek, pembinaan ECRL merekodkan kemajuan pembinaan lebih awal berban­ding jadual didorong kerja-kerja pembinaan di Seksyen A (Kota Bharu-Dungun) dan Seksyen B (Dungun-Mentakab).

Kadar kemajuan pembinaan keseluruhan projek ketika ini adalah 19.69 peratus dan MRL menyasarkan kemajuan pembinaan keseluruhan mencecah 30 peratus menjelang akhir tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI