fbpx

[VIDEO] Netizen terpesona bacaan taranum, selawat Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizi Kirana

PETALING JAYA – Penyanyi Zizi Kirana sejak semalam mencetuskan perhatian netizen gara-gara video bertaranum yang dikongsikan tular dalam laman sosial.

Menerusi video berdurasi kurang 20 saat yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok miliknya, rata-rata netizen terpesona dengan alunan suara penyanyi yang sinonim dengan imej seksi itu.

“Pertama kali tampil mengaji dalam televisyen. Insya-Allah saya akan terus belajar lagi,” tulis Zizi pada ruangan kapsyen.

Difahamkan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36, bakal muncul dalam sebuah program Rahsia Ramadan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti.

Tidak setakat itu, terbaharu, sebuah lagi video tular menunjukkan Zizi sedang mengalunkan selawat bersama Juara Tilawah Al-Quran 2019, Farhatul Fairuzah.

Menerusi hantaran tersebut, Farhatul dan Zizi turut mengajak orang ramai untuk turut serta bersama mereka memuji junjungan besar Nabi Muhammad.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat pelantun lagu Eh itu yang bukan sahaja boleh menyanyi malah mampu mengaji dengan sempurna.

Tampil manis berjubah dan bertudung serba putih, netizen turut mendoakan agar Zizi terus istiqamah untuk bertudung dan kekal dengan imej sopan selepas ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI