fbpx

Lelaki maut kereta bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan pemandu Proton Iswara yang tersepit dalam nahas di Batu, 4, Jalan Labis-Lam Tee, Labis, Segamat malam tadi.-Foto IHSAN BOMBA

SEGAMAT – Seorang lelaki maut apabila kereta Proton Iswara dipandunya bertembung dengan sebuah sebuah treler dalam kemalangan di Batu 4, Jalan Labis-Lam Lee di sini lewat malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, mangsa, Ow Wee Kiat, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohamed Baher berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta seorang diri sedang dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Johor Bahru.

“Setibanya di lokasi nahas, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan sebuah treler jenis Volvo muatan simen dari arah bertentangan.

“Akibat dari pertembungan itu, kereta mangsa terjunam ke dalam gaung di bahu kanan jalan yang berkedalaman kira-kira lapan meter,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zakaria Mohamed, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.50 malam.

Jelasnya, ketika Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian didapati kereta mangsa telah berada di dalam gaung di mana mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“PKO bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit didalam kereta dengan menggunakan Rescue Tools.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Ujar Zakaria, pemandu treler berusia 63 tahun hanya mengalami cedera ringan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI