fbpx

Anak OKU mati didera nenek saudara warga Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIFAI (tengah) menunjukkan rotan yang digunakan untuk mendera mangsa.

RAWANG- Seorang kanak-kanak perempuan orang kelainan upaya (OKU) mati disyaki akibat didera oleh nenek saudara dan ahli keluarga sebelah bapa di rumahnya di Kampung Sungai Cincin, Gombak pada 30 Disember lalu.

Mangsa berusia lima tahun disyaki didera menggunakan rotan dan ubat nyamuk, selain dipijak di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis pada mulanya membuka siasatan atas kes kematian mengejut kerana tiada petunjuk kes jenayah dalam kematian mangsa.

“Laporan awal menunjukkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana sakit perut dan mangsa menghidap penyakit hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak.

“Berdasarkan hasil bedah siasat pihak hospital, kita dapati sebab kematian berpunca daripada trauma pada perut yang menyebabkan usus dalaman si mati pecah atau bocor,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Rawang di sini hari ini.

Susulan hasil bedah siasat, katanya polis membuat tangkapan enam suspek berusia 24 hingga 55 tahun.

Enam suspek itu termasuk nenek saudara mangsa warga Indonesia berusia 55 tahun yang merupakan suspek utama beserta tiga lelaki termasuk ayah mangsa dan dua perempuan. Kesemua mereka merupakan saudara kepada mangsa.

Mangsa tinggal bersama bapa dan nenek saudara di rumah tersebut.

Katanya, siasatan lanjut mendedahkan berlakunya penderaan menggunakan pelbagai objek.

“Pada mulanya kita tidak mencurigakan kesan rotan dan kerana dimaklumkan mangsa tidak boleh berjalan dan kesan itu mungkin kesan mengengsot,” menurut beliau.

Ujarnya, punca mangsa didera mungkin disebabkan nenek saudara serta ahli keluarga lain hilang sabar kerana mangsa tidak berkeupayaan membuang air besar di bilik air.

“Disebabkan penyakit dia, kadang-kadang dia tak sedar dia terlepas (membuang air besar) jadi ini membuatkan ahli keluarganya hilang sabar,” jelas beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI