fbpx

Tukang paip pukul anak didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jamal Azrul dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Taiping hari ini selepas dijatuhi hukuman denda RM5,000 atas pertuduhan memukul anak.

TAIPING – Padah memukul anak sehingga cedera, seorang tukang paip dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nizam Zakaria menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd. Jamal Azrul Mohd. Zainuddin, 35, selepas dia mengaku salah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Jamal didakwa menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak lelaki sulungnya yang berusia 10 tahun di dahi, lengan kiri dan belakang badan di rumah bekas isterinya di Kampung Aman, Pokok Assam di sini pada pukul 1 tengah hari 27 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Nor Rasyidah M. Nadzri manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap tertuduh dan memerintahkan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya tidak membayar denda berkenaan.

Tertuduh membayar denda tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI