fbpx

Lelaki tak jadi bunuh diri selepas dipujuk abang bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memujuk seorang lelaki tempatan yang cuba untuk membunuh diri dari tingkat 16 sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota bomba berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki tempatan untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 16 sebuah kondominium di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.58 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju telah dikejarkan ke lokasi bagi memberikan bantuan.

“Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun sedang berdiri di atas bangku di bahagian balkoni tingkat 16 sebuah unit kediaman di kondominium tersebut,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, anggota di lokasi kemudiannya mula memujuk mangsa membatalkan niat untuk membunuh diri dan pada pukul 1.30 petang, lelaki berkenaan berjaya dipujuk dengan bantuan unit High Rise Rescue Team (HRRT).

“Lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya pada pukul 1.39 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada masalah peribadi lelaki berkenaan.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan cuba membunuh diri selepas dikecewakan oleh teman wanitanya bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI