fbpx

Cuaca Pantai Timur bertambah baik – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia dijangka bertambah baik dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada pagi semalam dikemas kini ke amaran cuaca waspada setakat pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui satu kenyataan hari ini berkata, kawasan yang terlibat ialah seluruh Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut).

Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan bagi Sabah iaitu di Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

“Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan Sabah, manakala kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung akan mengalami cuaca mendung dan hujan berikutan limpahan hujan dari pantai timur Semenanjung,” jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, MetMalaysia turut meramalkan kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang terutamanya pada waktu petang hingga awal malam di Sabah dan Sarawak.

“Keadaan itu berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI