fbpx

Banjir landa enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kejadian banjir dilaporkan semakin buruk dan merebak di enam negeri semalam berbanding dua negeri iaitu Johor dan Pahang pada kelmarin.

Hujan yang berterusan sejak kelmarin menyebabkan empat negeri iaitu Terengganu, Perak, Kelantan dan Selangor dinaiki air.

Pahang merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 14, 843 orang melibatkan sebanyak 3,823 keluarga di sembilan daerah setakat pukul 7 malam tadi.

Kesemua mangsa tersebut ditempatkan di 210 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu.

Maran masih mencatat bila­ngan mangsa terbanyak diikuti Kuantan, Jerantut, Raub dan Lipis. Turut terjejas ialah Temerloh, Rompin, Bentong dan Pekan.

Bilangan mangsa di negeri itu dijangka terus meningkat berikutan paras air sungai-sungai utama tidak menunjukkan tanda surut meskipun cuaca bertambah baik semalam.

Di Johor, angka mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat dengan Kota Tinggi masih mencatatkan bilangan mangsa ter­tinggi.

Di Perak, hujan tanpa henti menyebabkan air Sungai Slim melimpah ke jalan utama dan memasuki rumah penduduk.

Difahamkan, bah itu paling teruk dialami penduduk sejak beberapa tahun lalu dengan air naik hingga 1.5 meter.

Di Terengganu, tinjauan di beberapa kampung di Kemaman mendapati air sudah naik, namun rata-rata penduduk enggan berpindah ke PPS dan mengha­rapkan paras air segera surut.

“Ini merupakan kali ketiga kawasan ini dilanda bah musim tengkujuh kali ini. Biasanya, air cepat surut,” kata penduduk Kampung Batu 16, Norasyikin Harun, 29.

Di Gua Musang, Kelantan, penduduk menyifatkan banjir kilat yang melanda 10 kawasan di daerah itu mengejutkan selepas hujan berterusan sejak kelmarin.

Longkang dan sungai tidak dapat menampung jumlah air sehingga melimpahi ke tebing.

Kejadian itu menyebabkan ada penduduk yang terpaksa berpindah sehelai sepinggang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI