fbpx

2,027 kes baharu, lapan kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,027 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 122,845 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,221 kes dan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 99,449 kes

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 16 kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,011 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat lapan lagi kes kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 509 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 123 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 52 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI