fbpx

Padah sogok polis RM2,900

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis menahan dua lelaki yang cuba memberi rasuah bagi melepaskan diri mereka atas kesalahan memiliki ganja.

Suspek berusia 26 dan 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) pada pukul 2.30 petang semalam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua suspek ditahan ketika memandu kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui dua balutan rokok mengandungi ganja.

“Pada mulanya suspek menawarkan sogokan RM400 kepada anggota polis bagi melepaskan diri.

“Anggota polis berkenaan memberi amaran dengan tindakan suspek yang cuba memberi rasuah, namun suspek tidak peduli dan menaikkan sogokan berjumlah RM2,900,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi kesalahan cubaan merasuah polis, suspek akan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI