fbpx

PRU-15: UMNO tanding 96 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau Tahun 2020 dekat Rembau, hari ini.

REMBAU – UMNO meletakkan sasaran untuk bertanding sekurang-kurangnya 96 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mengikut formula awal perundingan, UMNO akan terus kekal bertanding di 55 kerusi yang dimenangi pada PRU yang lalu manakala Pas 18 kerusi dan Bersatu 13 buah kerusi.

“Itu pandangan saya 96 kerusi, itu kerusi UMNO, itu kerusi yang kita susun atur, yang kita menang dan dapat nombor dua (tertinggi undi). Kita dapati ada kerusi-kerusi yang rakan-rakan BN mereka tak pernah menang, kerana pengundi di situ mahu calon Melayu misalnya.

“Dalam PRU-15, kita nak menang, mesti menang untuk tubuhkan kerajaan bukan kerusi untuk bermegah, mesti diteliti setiap kerusi, geopolitik, kehendak pengundi dan lokaliti. Secara dasarnya komponen BN pun bersetuju dan mereka terima hakikat, kita nak menang, sudah menang esok, kita boleh lantik Senator sebagai menteri, tiada isu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau Tahun 2020 dekat sini hari ini.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau ketika mengulas mengenai banyak bahagian UMNO yang menolak bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU-15, menegaskan parti itu perlu membina kekuatannya sendiri namun tidak sampai menolak kerjasama dengan parti terbabit.

Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi UMNO berpandangan, parti itu perlu membina kekuatannya sendiri namun tidak sampai menolak kerjasama dengan parti terbabit.

“Kita akan letakkan kita punya kehendak, kalau andai kata semua bersetuju mengapa tidak, lebih ramai lebih baik, kalau bersama lagi kuat, daripada kita terang-terang terus menolak.

“Berfikir biar panjang, bertindak biar bijak, fikir panjang-panjang buruk baiknya, memang semangat bahagian nak menolak, masing-masing cemburu hati sebab semua nampak mahu bertanding nak jadi calon.

Menurutnya, sememangnya dalam perundingan, kerusi Ahli Parlimen yang keluar UMNO akan dijadikan sebagai kerusi UMNO. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI