fbpx

Pindaan Perlembagaan Bersatu, UMNO Perak sedia masuk gelanggang PRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani enyampaikan ucapan ketika Majlis penyerahan Juadah Hari Raya kepada anggota badan berunifom peringkat negeri Perak di Ipoh hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – UMNO Perak sedia masuk gelanggang sekiranya kelulusan pindaan Perlembagaan parti Bersatu menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil (PRK) di negeri tersebut.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memandangkan terdapat dua ahli Parlimen Bersatu dari Perak yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun tidak pasti adakah pindaan itu memberi kesan terhadap kesemua enam ahli Parlimen yang terlibat memandangkan tarikh berkuatkuasa pindaan tersebut baru bermula.

Saarani juga menyerahkan perkara itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat tentang sama ada kesemua ahli Parlimen Bersatu terbabit terkesan dengan Akta Anti Lompat Parti.

“Jika sekiranya speaker membuat keputusan mereka adalah terkesan kepada Akta Anti Lompat Parti, bermakna mereka gugurlah. Jadi kalau gugur maknanya ada enam PRK yang perlu dibuat termasuk dua di Perak. Macam biasalah, UMNO bila ada PRK kita kena bersiap sedialah untuk memasuki gelanggang.

“Kepada UMNO, kita bersedia untuk menghadapi PRK jika ada. Jika tiada (PRK), tidak ada masalah kepada kita. Kita membuat persiapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-16,” katanya ketika berucap semasa Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Kerajaan Negeri Perak kepada Pasukan Badan Beruniform, di sini hari ini.

Dilaporkan semalam, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan Bersatu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas parti itu pada 2 Mac lalu.

Bersatu membuat pindaan Perlembagaan parti itu yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI