fbpx

Banjir Johor: Jumlah mangsa menurun kepada 6,391

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Saifudin (dua dari kiri) bersama ahli keluarga membersihkan rumahnya akibat banjir di Kampung Sepakat Batu, Skudai, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencatatkan penurunan kepada 6,391 sehingga pukul 8 malam hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidhyanathan berkata, jumlah itu melibatkan 1,641 keluarga berbanding 1,694 keluarga dengan 6,657 mangsa pada pukul 4 petang tadi.

Menurutnya, daerah Johor Bahru dilihat mulai pulih daripada bencana banjir dengan bilangan mangsa menjunam daripada 2,452 mangsa pada pukul 4 petang tadi kepada 1,432 mangsa setakat ini.

“Setakat ini, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sudah ditutup di daerah itu iaitu Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai; Dewan Komuniti Pandan dan Surau Desa Makmur.

“PPS di Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai Pontian dan Balairaya Kampung Paya, Kluang juga ditutup hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan berkata, keadaan banjir di Kluang pula mencatatkan peningkatan 2533 mangsa daripada 694 keluarga setakat ini berbanding 1990 mangsa daripada 582 keluarga yang direkodkan pada 4 petang tadi.

“Situasi sama turut berlaku di Kota Tinggi yang mencatatkan peningkatan kepada 1,470 mangsa daripada 341 keluarga berbanding 1,223 mangsa daripada 278 keluarga bagi tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, mangsa banjir di Mersing turut meningkat daripada 257 mangsa daripada 70 keluarga kepada 311 mangsa membabitkan 82 keluarga setakat ini.

Katanya, di Pontian pula jumlah mangsa meningkat kepada 18 mangsa daripada empat keluarga kepada 23 mangsa melibatkan lima keluarga.

“Bagi jumlah mangsa banjir di Kulai dan Batu Pahat, angkanya tidak berubah. Ia kekal 581 mangsa daripada 153 keluarga di Kulai dan 36 mangsa daripada 14 keluarga di Batu Pahat. Jumlah PPS yang aktif juga kekal dengan 60 kawasan.

“Walaupun angka keseluruhan berkurangan, namun bilangan daerah terjejas banjir bertambah di mana daerah Segamat menjadi mangsa baharu banjir membabitkan lima mangsa daripada dua keluarga,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI