fbpx

Amaran cuaca bahaya, hujan lebat di beberapa negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan,

PETALING JAYA- Beberapa kawasan di Pahang dan Johor bakal berdepan dengan cuaca bahaya dan buruk selain hujan lebat berterusan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan amaran cuaca bahaya dan hujan lebat dijangka berlaku hari ini di daerah Pekan dan Rompin di Pahang, selain daerah Mersing di Johor.

“Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan membabitkan daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera di Pahang, serta Segamat dan Kluang di Johor.

“Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok pula dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut) dan Johor (Tangkak dan Muar),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga hari ini.

Manakala di kawasan pantai barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada waktu petang hingga malam dengan potensi banjir kilat.

MetMalaysia juga meramalkan angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilomter sejam dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri-negeri pantai timur dan Johor dalam tempoh tersebut.

“Di perairan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/jam dengan ombak sehingga 4.5 meter dijangka boleh berlaku dalam tempoh sama, dan kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI