fbpx

Ubah tayar kecil bagi tingkatkan kelajuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki yang ditangkap dalam operasi Ambang Tahun Baharu berhampiran Plaza Tol Lama Batu 3, Shah Alam.

SHAH ALAM – Tindakan seorang remaja lelaki menukar tayar kecil bagi meningkatkan kelajuan disyaki untuk berlumba haram sempena ambang tahun baru awal pagi tadi mengundang padah selepas ditahan berhampiran Plaza Tol Lama Batu 3, di sini.

Remaja berusia 14 tahun itu turut sanggup menunggang motosikal jenis Yamaha LC tanpa lesen daripada Setapak, Kuala Lumpur ke daerah ini yang sejauh kira-kira 30 kilometer.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, remaja berkenaan ditangkap kira-kira pukul 1 pagi ketika cuba melarikan diri daripada sekatan dijalankan pihaknya.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan turut mendapati motosikal itu telah melalui pengubahsuaian di bahagian ekzos.

“Remaja itu mendakwa menukar tayar kecil agar lebih laju terutama di lebuh raya. Kita telah menyita motosikal dan mengeluarkan saman kepadanya,” katanya kepada Kosmo! di lokasi kejadian.

Dalam operasi Ambang Tahun Baharu bermula pukul 10 malam hingga 2 pagi dengan disertai 77 anggota termasuk pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 503 saman kesemuanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI