fbpx
Kelihatan bot roto di sekitar Pantai Sungai Leman, Sekinchan yang dipercayai mencuri benih kerang

Sindiket curi benih kerang di Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Penternak kerang di pesisir Pantai Sungai Leman, Sekinchan di sini berdepan ancaman aktiviti mencuri benih kerang didakwa dilakukan sindiket yang menggunakan bot roto.

Sindiket didakwa didalangi penduduk tempatan dari luar kawasan tersebut difahamkan akan menyeludup benih tyang dicuri itu ke Thailand.

Seorang penternak kerang yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata, berdasarkan intipan mendapati lebih 70 buah bot roto dikesan mengambil kerang secara haram di kawasan perairan tersebut.

Katanya, bot roto tersebut mempunyai pengaut di bahagian belakang yang digunakan untuk menarik benih-benih kerang.

“Benih-benih kerang yang hidup secara semula jadi itu telah dikaut oleh sindiket ini.

“Lebih menyedihkan, penggunaan bot roto boleh menyebabkan kemusnahan habitat cengkerang lain seperti mentarang, kijing, lala, kupang dan siput di perairan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ramli mendakwa benih-benih yang dicuri itu kemudiannya diseludup ke Thailand susulan nilai pasaran yang tinggi di negara berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi penternak dikenali sebagai Rosman, 43, menegaskan benih perairan Sabak Bernam merupakan lokasi sesuai bagi pembiakan kerang kerana permukaannya yang berlumpur.

“Benih kerang di kawasan ini juga berkualiti dan mendorong aktiviti mencuri itu berleluasa sejak puluhan tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab dalam kenyataannya memaklumkan merampas 18 tangguk tangan bernilai RM3,600 di Jeti Kampung Nelayan, Sungai Besar, pukul 3 pagi semalam.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN