fbpx

Indeks kesejahteraan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indeks Kesejahteraan Rakyat malaysia merupakan penanda aras penting dalam penggubalan dasar negara. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 0.6 peratus pada 2019 disumbangkan oleh pertumbuhan positif kesejahteraan ekonomi, menurut laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2019 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

Laporan berkenaan mengukur tahap kesejahteraan rakyat Malaysia daripada perspektif ekonomi dan sosial, termasuk lima komponen ekonomi iaitu pengangkutan, komunikasi, pendidikan, pendapatan dan pengagihan serta persekitaran kerja.

Selain itu, terdapat sembilan komponen sosial iaitu perumahan, hiburan dan rekreasi, keselamatan awam, penyertaan sosial, tadbir urus, kebudayaan, kesihatan, alam sekitar dan keluarga.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan positif kesejahteraan rakyat Malaysia disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2019.

“IKRM meningkat 0.6 peratus kepada 121.0 mata indeks pada 2019 berbanding 120.3 mata indeks pada 2018.

“Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan kesejahteraan ekonomi sebanyak 2.3 peratus, meskipun kesejahteraan sosial menurun 0.6 peratus berbanding tahun 2018,” katanya dalam
siaran akhbar yang dikeluarkan semalam.

Menurut Mohd. Uzir, lima komponen ekonomi dan enam daripada sembilan komponen sosial bertumbuh dengan positif pada 2019.

“Tiga indeks tertinggi dalam kesejahteraan ekonomi adalah komponen pengangkutan, diikuti komponen pendidikan dan komunikasi.

“Dari segi kesejahteraan sosial pula, tiga indeks tertinggi ialah hiburan dan rekreasi, keselamatan awam dan tadbir urus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI