fbpx

27 penghuni rumah inap desa dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguatkuasa MBPP dan KKM membuat pemeriksaan di sebuah bar di Lebuh Chulia, George Town di sini awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seramai 27 penghuni rumah inap desa di Batu Ferringhi di sini dikenakan kompaun gara-gara tidak mendaftar nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera awal pagi tadi.

Mereka dikenakan tindakan terbabit dalam operasi Op Cegah Jenayah Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2021 yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) mulai pukul 10 malam semalam hingga 3 pagi tadi.

Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan keseluruhan jumlah keanggotaan seramai 221 orang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penghuni rumah inap antara 880 individu yang diperiksa dalam operasi yang melibatkan beberapa kawasan tumpuan pelancong di negeri ini.

Menurutnya, operasi tersebut turut dijalankan di 61 buah bar dan restoran sekitar Batu Feringghi, Lebuh Chulia dan Padang Kota Lama.

“Ini bertujuan memastikan kesemua individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 selain mencegah salah laku jenayah dan mabuk.

“Dalam operasi tersebut, tiga tangkapan telah dilakukan menerusi Op Mabuk, sembilan premis dikenakan kompaun manakala enam lagi premis menerima notis ppenutupan oleh MBPP,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI