fbpx

301 ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menahan 301 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), daripada jumlah itu, 298 telah dikenakan kompaun manakala tiga direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 46,102 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,506 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 11,811 anggota telah membuat pemantauan di 2,799 pasar raya, 4,447 restoran serta 1,651 penjaja, 1,122 kilang, 3,176 bank dan 589 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 1,044 terminal pengangkutan darat, 237 terminal pengangkutan air serta 125 terminal pengangkutan udara,” katanya melalui satu kenyataa di sini hari ini.

Tambahnya, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (149), tidak memakai pelitup muka (77), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63), aktiviti pusat hiburan (2), dan lain-lain (10). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI