fbpx

Polis perketat penjualan peluru di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid (kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim menghadiri Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah yang dipengerusikan Abdul Latif (tengah).

LANGKAWI – Polis akan mengetatkan penjualan peluru di semua premis berlesen di Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan penggunaan senjata api haram termasuk daripada jenis buatan sendiri bagi tujuan pemburuan tanpa lesen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tersebut diambil susulan berlaku dakwaan penjualan peluru oleh premis berlesen kepada pemilik senjata haram.

“Saya difahamkan bahawa banyak senjata buatan sendiri, senjata haram yang diseludup masuk ke Sabah dan Sarawak dengan pelurunya pula menggunakan peluru yang dijual di premis-premis berlesen.

“Sehubungan itu, kita akan ketatkan kawalan dan penjualan peluru supaya mereka (pemilik senjata haram) tidak diberi ruang dan peluang untuk guna senjata api haram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI