fbpx

Pelajar sekolah antara ditahan bergaduh rebut kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran di Pandan Indah semalam.

AMPANG JAYA – Polis menahan 15 lelaki termasuk seorang pelajar sekolah kerana terbabit dalam pergaduhan di sebuah restoran di Pandan Indah di sini semalam.

Sepasukan polis terserempak dengan kesemua suspek berusia lingkungan 17 hingga 35 tahun itu dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.30 sebelum membuat tangkapan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil siasatan awal mendapati dua kumpulan itu terbabit dalam pergaduhan bermula pada pukul 7.30 malam di kawasan Lembah Jaya hingga ke sebuah restoran di Pandan Indah.

“Akibat pergaduhan itu, lima suspek mengalami kecederaan di kepala dan badan susulan mereka menggunakan kayu dan topi keledar ketika pergaduhan.

“Empat daripada mereka mendapat rawatan pesakit luar manakala seorang lagi suspek masih ditahan wad di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan lanjut mendapati pergaduhan membabitkan Geng Thug Lembah Jaya itu bermotifkan perebutan kawasan bagi aktiviti pemerasan.

“Empat daripada suspek ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan kes curi dan merusuh. Selain itu, seorang lagi suspek juga pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas masih dijalankan,” ujarnya.

Kemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 1 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI