fbpx

Jendela perpindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESE LINGARD

JESSE LINGARD

EMPAT kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United, Newcastle, Brighton dan Sheffied United dilaporkan bersaing sengit untuk mendapatkan khidmat bintang pudar dari Manchester United ini.

LEANDRO PAREDES

Pengurus baharu PSG, Mauricio Pochettino mungkin akan menyekat urusan perpindahan pemain ini ke Inter yang akan ditukarkan dengan Christian Eriksen apabila mahu Peredes kekal di Parc des Princes.

GEORGINIO WIJNALDUM

Pemain tengah Liverpool ini mungkin akan terus kekal di Anfield selepas bersetuju untuk mempertimbangkan kontrak baharu yang dikemukakan oleh pasukan itu kepadanya. Liverpool dilaporkan terdesak untuk mengekalkan pemain berusia 30 tahun itu.

DIEGO COSTA

PENYERANG Atletico Madrid ini dilaporkan telah menghantar permohonan kepada pengurusan kelab untuk berpindah pada jendela perpindahan Januari ini. Bagaimanapun, Atletico dilaporkan tidak bersedia melepaskan khidmatnya dan sedang memujuk pemain itu untuk kekal.

MESUT OZIL

ARSENAL dilaporkan terdesak untuk melepaskan khidmat pemain buangan ini apabila dikatakan memberikan tawaran kepada Juventus. Perkembangan itu menyaksikan Ozil mungkin akan kembali membentuk gandingan bersama Cristiano Ronaldo seperti di Real Madrid sebelum ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI