fbpx

Pelajar pijak kad laporan kemajuan untuk hasilkan kandungan TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pelajar di Indonesia terselamat daripada hukuman dibuang sekolah selepas melakukan aksi memijak kad laporan kemajuan baru-baru ini. – Solopos.com

JAKARTA – Lima pelajar di Indonesia yang membuat kandu­ngan TikTok dengan memijak kad laporan kemajuan bernasib baik apabila hukuman buang sekolah ditarik balik oleh pihak pentadbiran.

Pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMPN) 1 Suele di Lombok Timur, wilayah Nusa Tenggara Barat itu berasa kesal atas perbuatan mereka.

Menurut portal berita Suara.com semalam, keputusan itu dibuat selepas Badan Perlindu­ngan Anak (LPA) dan Pegawai Pendidikan Nusa Tenggara Barat (NTB), Joko Jumadi berbincang dengan pengurusan sekolah.

Hasil perbincangan yang berlangsung dalam suasana agak tegang itu menyaksikan SMP 1 Suela Lotim bersetuju menarik balik hukuman buang sekolah lima pelajar berkenaan.

“Syukur, ada jalan penyelesaian. Pihak sekolah membatalkan keputusan untuk membuang lima pelajar itu,” kata Joko.

Terdahulu, Pegawai Perhubungan SMPN 1 Suele, Saprin memberitahu, pihak sekolah telah memanggil ibu bapa pelajar terbabit dan menjelaskan bahawa anak-anak mereka dibuang sekolah kerana melanggar ­peraturan.

Tindakan lima pelajar sekolah menengah memijak kad laporan dan memuat naik rakaman tersebut di media sosial itu juga telaah mencemarkan nama baik sekolah.

Namun, sesetengah ibu bapa pelajar terbabit membantah anak mereka dibuang sekolah kerana pihak sekolah sepatutnya memberi amaran terlebih dahulu.

Semua pelajar itu juga menyesali perbuatan mereka dan memohon maaf kepada pihak sekolah.

Anun, 47, yang merupakan ibu kepada salah seorang pelajar itu berkata, anaknya tidak berhenti menangis selepas menerima hukuman itu.

“Mengapa ini salah anak saya sedangkan dia hanya mangsa penggunaan telefon bimbit.

“Sepatutnya ibu bapa diberi­tahu terlebih dahulu. Adakah cara ini paling bijak boleh dibuat oleh pihak sekolah?” katanya kepada Beritabali.com, baru-baru ini.

Seorang pelajar yang memijak kad laporan tersebut dan dikenali sebagai BB berkata, mereka malu dan menyesali perbuatan tersebut.– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI