fbpx

Gadai maruah demi kemewahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERANA ingin hidup mewah dan memlilik barangan berjenama, Ema sanggup menggadai maruah. – Gambar hiasan

SEPANJANG hidup Ema (bukan nama sebenar), dia sama sekali tidak pernah menyesal dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan dalam semua aspek.

Wanita berusia 24 tahun itu menetap di salah sebuah negeri di Pantai Timur dengan bapanya bekerja kerani di sebuah sekolah dan ibu sebagai suri rumah.

Bagaimanapun, sejak di bangku sekolah menengah lagi anak sulung daripada lima adik-beradik itu sering berasa iri hati melihat kesenangan hidup rakan-rakannya.

Hal ini kerana, ada segelintir rakannya ditakdirkan kaya dan yang mampu membeli baju berjenama, telefon pintar terkini dan melancong ke luar negara.

Sedangkan Ema terpaksa memendam setiap keinginan itu kerana sedar gaji bapanya hanya cukup makan dan tidak mampu membeli barang-barang yang diimpikan.

“Dahulu di kampung, saya selalu iri hati tengok hidup kawan-kawan yang guna barang-barang berjenama. Sedangkan saya beli barang di pasar malam sahaja,” katanya kepada Panorama baru-baru ini.

Selepas menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Ema mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di sebuah institusi pengajian tinggi di Lembah Klang.

Dia memilih untuk menerima tawaran tersebut dengan harapan untuk lulus dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang bagus selepas tamat pengajian kelak.

“Mula-mula melangkah masuk ke alam universiti dahulu, saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membantu mengubah nasib keluarga,” imbau Ema.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan berada di kampus, Ema mula terpengaruh melihat beberapa rakan kuliahnya yang hidup senang dan mempunyai kereta mewah untuk ke kelas.

Disebabkan itu, Ema berasa kerdil kerana dia hanya mengenakan baju kurung ke kelas sedang rakan-rakannya memakai pakaian berjenama yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Malah, Ema berasa malu apabila terpaksa menggunakan bas untuk berulang-alik ke kelas.

Ada ketikanya, dia menumpang kereta mewah rakan-rakannya untuk ke kuliah.

“Saat pertama kali naik kereta mewah milik rakan, saya berasa sangat teruja. Saya mula terbanyangkan bertapa indahnya hidup jika mampu memiliki kereta berkenaan,” ujarnya.

Memandangkan, Ema penerima biasiswa daripada sebuah agensi kerajaan, maka dia memanfaatkan wang itu untuk membeli pakaian berjenama dan telefon pintar terkini.

Ini kerana, Ema tidak mahu kelihatan kolot apabila berada di samping rakan-rakan lain. Imejnya yang berpakaian sopan sebelum ini mula berubah menjadi seksi.

 

EMA kini menyesal kerana terlalu mengikut kata hati inginkan kemewahan hingga sanggup bersekedudukan dengan lelaki yang layak dipanggil ayah– gambar hiasan

 

“Saya sanggup mengikat perut ketika di kampus dahulu semata-mata untuk beli barang yang dikehendaki. Disebabkan itu juga, imej saya yang sebelum ini sopan dan bertudung berubah menjadi seksi.

“Ini semua disebabkan pengaruh rakan-rakan di sekeliling yang sentiasa menampilkan imej seksi serta tidak bertudung,” jelasnya.

Selepas beberapa semester di universiti, Ema mula berasakan duit biasiswa yang diperolehnya belum cukup untuk bersaing dengan rakan-rakan.

Disebabkan itu, dia memulakan langkah untuk mencari kerja sambilan pada hujung minggu atau pada cuti semester bagi mendapatkan wang tambahan.

Nasib berpihak kepada Ema apabila rakan sekuliahnya bernama Maria (bukan nama sebenar) mengajaknya bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam.

“Maria beritahu saya bahawa kerja berkenaan sangat mudah dan hasilnya cukup lumayan. Kerja beberapa beberapa jam sahaja, boleh dapat lebih RM500.

“Saya tanpa berfikir panjang terus terima tawaran berkenaan kerana ingin mendapatkan duit yang banyak,” ujarnya.

Bekerja di kelab malam, Ema ditugaskan untuk melayan pelanggan yang kebanyakannya terdiri lelaki untuk berbual atau bernyanyi di dalam bilik karaoke.

Salah seorang pelanggan tetap yang perlu dilayan oleh Ema di kelab malam tersebut adalah seorang lelaki separuh abad yang juga orang kenamaan berpangkat datuk.

“Ketika inilah saya berkenalan dengan seorang datuk yang menawarkan hidup mewah. Dia menawarkan saya sebuah kereta mewah dan tinggal di sebuah kondomonium.

“Sebagai pertukaran, saya perlu melayan kehendaknya termasuk tidur dengannya.

“Datuk berkenaan juga menyakinkan bahawa dia ingin memperisterikan saya selepas tamat belajar,” kenangnya.

Hidup Ema selepas itu berubah sama sekali selepas ‘dibela’ oleh datuk berkenaan dan menjadi lebih mewah berbanding rakan-rakannya lain. Malah, dia diberi sebuah kereta Mercedes Benz untuk kegunaan ke kelas.

Perkara itu berlarutan hampir setahun sehinggalah suatu hari, Ema terlihat kelibat datuk berkenaan sedang bermesra bersama seorang wanita seksi di sebuah restoran.

Ketika itu, Ema baru tersedar bahawa datuk berkenaan adalah seorang lelaki berhidung belang dan sering memperalatkan wanita terutamanya pelajar.

“Selepas tahu perangai sebenar datuk itu, saya terus keluar dari kondomonium dan memulangkan kembali kereta mewahnya.

“Ketika itulah, saya sedar telah dipermainkan. Saya sangat menyesal kerana ingin hidup mewah hingga sanggup menggadai maruah,” ujarnya dalam nada sesal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI