fbpx
PU Haris dan Neelofa

Hubungan Neelofa, Haris berantakan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tiada angin, tiada ribut, nama pengacara dan usahawan Neelofa dan kekasih hatinya, Haris Ismail trending nombor satu dalam Twitter sejak sejam lalu.

Lebih mencetuskan spekulasi apabila terdapat segelintir warga maya yang membuat andaian hubungan pasangan tersebut kini berantakan.

PU Riz trending nombor satu di Twitter sejak satu jam lalu.

Desas-desus itu mula tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! Online, Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa turut memuat naik beberapa foto yang tertulis kata-kata seperti menyindir seseorang.

“Perangai sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” ujar bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu.

Kata-kata yang sama turut dimuat naik oleh dua orang lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram mereka.

Antara perkongsian InstaStory kakak Neelofa, Nabila yang mengundang tanda tanya.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, kesemua mereka juga tidak lagi mengikuti Instagram bekas peserta Pencetus Ummah itu dan turut memadam foto majlis merisik Neelofa yang diadakan pada 1 November lalu.

GAMBAR majlis merisik Neelofa yang turut ada Haris telah dipadamkan daripada Instagram ibu Neelofa, Noor Kartini,

Rata-rata netizen membuat andaian bahawa hubungan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dan Haris akan berakhir tidak lama lagi dan majlis perkahwinan yang dijangka berlaku sekitar bulan Mac tahun depan seperti tidak kesampaian.

“Risau pula dengan khabar angin Neelofa dan Haris. Kalau benar putus, mesti ramai kecewa,” ujar seorang netizen.

“Dengarnya keluarga Neelofa tak suka dengan Haris, betul ke?,” soal seorang lagi pengguna Twitter.

Terdahulu, pada 1 November lalu, bekas pengacara MeleTOP itu dilaporkan sudah dirisik oleh keluarga Haris dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa.

Bahkan, pasangan itu juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan.

Sehingga hari ini, masih tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak mengenai majlis perkahwinan yang bakal diadakan itu. – K!ONLINE